Selasa, 16 November 2010

PENDAHULUAN





Institut Kemahiran Belia Negara Dusun Tua ditubuhkan dengan matlamat bagi melahirkan belia-belia yang berkemahiran, berdisiplin dan bermoral tinggi. Bertujuan agar mereka dapat memperdagangkan ilmu kemahiran yang mereka perolehi di samping menjadi belia atau anggota masyarakat yang berhemah tinggi dan berwawasan.

Bagi tujuan itu pelbagai bentuk latihan secara bersepadu disediakan. Latihan teras terdiri dari 15 jurusan kemahiran yang dipilih manakala latihan sokongan pula terdiri dari unsur-unsur kawad ala tentera, kerohanian, ketatanegaraan, keusahawanan dan Bahasa Inggeris.

Unit Pusat Sumber dan Dokumentasi diwujudkan sebagai salah satu komponen kepad IKBN Dusun Tua dalam mencapai tujuan dan matlamat tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan