Selasa, 16 November 2010

PENDAHULUAN





Institut Kemahiran Belia Negara Dusun Tua ditubuhkan dengan matlamat bagi melahirkan belia-belia yang berkemahiran, berdisiplin dan bermoral tinggi. Bertujuan agar mereka dapat memperdagangkan ilmu kemahiran yang mereka perolehi di samping menjadi belia atau anggota masyarakat yang berhemah tinggi dan berwawasan.

Bagi tujuan itu pelbagai bentuk latihan secara bersepadu disediakan. Latihan teras terdiri dari 15 jurusan kemahiran yang dipilih manakala latihan sokongan pula terdiri dari unsur-unsur kawad ala tentera, kerohanian, ketatanegaraan, keusahawanan dan Bahasa Inggeris.

Unit Pusat Sumber dan Dokumentasi diwujudkan sebagai salah satu komponen kepad IKBN Dusun Tua dalam mencapai tujuan dan matlamat tersebut.

PERPUSTAKAAN

Tidak dapat dipastikan bilakah tarikh sebenar Pusat Sumber IKBN Dusun Tua wujud. Bagaimanapun apa yang diketahui, telah ada satu bilik  bacaan yang memberi tumpuan kepada bahan-bahan bacaan, majalah dan suratkbahar dari peringkat awal penubuhan IKBN Dusun Tua.


Akhirnya bilik bacaan ini berkembang menjadi Kutub-Khanah terletak di hujung tingkat atas bangunan bilik kuliah  (sekarang bilik kuliah HEP). Dari saru bilik kuliah , ia akhirnya menjadi dua bilik  kuliah. Pengurusan Kutub-Khanan ini diletak di bawah pengajaan Bahagian Disiplin dan petugasnya adalah terdiri dari Jurulatih Kawad sebelum diselia oleh Kerani Kutub Khanah pada tahun 1974.


Unit ini telah berkembang lagi pada tahun 1980 (tarikh sebenar tidak dapat dipastikan) bua pertama kalinya ia menerima dua orang Pembantu Perpustakaan (S17). Namanya juga telah bertukar dan didaftarkan ke  Perpustakaan  Negara Malaysia sebarai Perpustakaan Pusat Latihan Belia Dusun Tua.


Sejajar dengan perkembangan IKBN Dusun Tua, perpustakaan ini telah bertukar nama kepada Perpustakaan IKBN Dusun Tua. Dari satu seksyen dibawah Pentadbiran bertukar menjadi satu unit Bahagian Bina Insan dan kekal sebagai satu unit di Bahagian Ehwal Pelajar sekarang.


Pada pertenggah tahun 1999, Perpusatkaan telah pun berpindaha ke bangunan Pentadbiran lama . Dan pada tanggal 6 September 1999 satu majlis perasmian Pusat Sumber Institut Kemahiran Belia Negara Dusun Tua telah diadakan dan dirasmikan oleh Yang Berbahagian Tuan Haji Md. Wahi bin Md. Arshad, selaku Pengarah IKBN Dusun Tua.

Selasa, 9 November 2010

Ruang Bacaan

Inilah ruang bacaan Pusat Sumber IKBN Dusun Tua, yang menempatkan 40 rak buku, 16 buah meja pembaca dan 64 kerusi pembaca. Namun begitu ruang ini boleh menempatkan 100 orang pembaca dalam satu-satu masa. Dalam ruang bacaan ini juga ditempatkan dua buah komputer untuk kegunaan pembaca untuk perkhidmatan internet dan kegunaan pelajar-pelajar untuk membuat assigment, namun  begitu besar kemungkinan jumlah komputer untuk perkhidmatan internet ini akan ditembah, namun begitu ia masih lagi diperingkat cadangan. Dan ruang ini juga dilengkapi dengan alat penghawa dingin, agar ia lebih selesa kepada pengunjung. Bagi menjadikan ruang ini lebih indah ia juga dihiasi dengan gambar-gambar lama yang menghiasi disekeliling ruang ini. Dan untuk menjadikan raung ini lebih santai, diwujudkan satu sudut taman landskap kecil yang menempatkan kolam kecil untuk ikan peliharaan. Ini adalah hasil sumbangan dari pembaca atau pengguna Pusat Sumber.

Kaunter Perkhidmatan Pembaca

Inilah kaunter perkhidmatan pembaca yang menjadi tunggak utama dalam perkhidmatan Pusat Sumber. Disini disediakan sebuah meja kaunter, sebuah komputer. Namun kedudukan meja kaunter ini sentiasa berubah-ubah mengikut keselesaan kakitangan Pusat Sumber. Namun begitu kaunter ini tetap menjalankan fungsinya sepertimana kaunter-kaunter di Pusat Sumber lain juga.

Ruang Pejabat

Inilah ruang pejabat Pusat Sumber yang memuatkan dua buah meja untuk 2 orang kakitangan. Dalam bilik ini juga terdapat komputer dan printer untuk kakitangan menjalankan tugas harian. Selain daripada itu terdapat juga kabinet fail dan pigenhold untuk menempatkan alat tulis. Dengan kreativiti kakitangan,  satu sudut pantri juga disediakan dan sebuah singki untuk kemudahan kakitangan.  Ruang ini dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin.

Bilik Pandang Dengar

Bilik Pandang Dengar ini digunakan untuk berbagai  program. Antaranya adalah untuk aktiviti tayangan, taklimat, ceramah dan sebagainya. Setiap pembaca yang berminat untuk menggunakan bilik ini perlulah memohon di kaunter perkhidmatan pembaca dengan mengisi borang permohonan. Ruang ini boleh memuatkan 50 orang pengguna. Buat masa ini ruang ini hanya dimuatkan dengan 50 buah kerusi banquet, satu set tv 32 inci dan pemain DVD. Dan buat masa ini Pusat Sumber masih lagi mencari jalan bagaimana cara untuk mengindahkan lagi Bilik Tayangan ini dan untuk mengaktifkan bilik ini.

Sudut Bacaan Kakitangan

Ini adalah sudut bacaan untuk pegawai atau kakitangan IKBN. Ia disediakan bagi keselesaan kakitangan ketika menggunakan Pusat Sumber. Keadaannya akan lebih santai, kerana tidak bercampur dengan pembaca-pembaca yang terdiri dari pelajar-pelajar. Dan di sudut ini disediakan satu rak surat khabar khas untuk pegawai atau kakitangan. Juga disediakan satu set tv untuk kegunaan pada satu-satu masa.