Selasa, 9 November 2010
Ruang Bacaan
Inilah ruang bacaan Pusat Sumber IKBN Dusun Tua, yang menempatkan 40 rak buku, 16 buah meja pembaca dan 64 kerusi pembaca. Namun begitu ruang ini boleh menempatkan 100 orang pembaca dalam satu-satu masa. Dalam ruang bacaan ini juga ditempatkan dua buah komputer untuk kegunaan pembaca untuk perkhidmatan internet dan kegunaan pelajar-pelajar untuk membuat assigment, namun begitu besar kemungkinan jumlah komputer untuk perkhidmatan internet ini akan ditembah, namun begitu ia masih lagi diperingkat cadangan. Dan ruang ini juga dilengkapi dengan alat penghawa dingin, agar ia lebih selesa kepada pengunjung. Bagi menjadikan ruang ini lebih indah ia juga dihiasi dengan gambar-gambar lama yang menghiasi disekeliling ruang ini. Dan untuk menjadikan raung ini lebih santai, diwujudkan satu sudut taman landskap kecil yang menempatkan kolam kecil untuk ikan peliharaan. Ini adalah hasil sumbangan dari pembaca atau pengguna Pusat Sumber.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Ulasan baru tidak dibenarkan.