PERATURAN UMUM
1. Pengguna tidak dibenarkan membawa makanan/minuman, bag/fail ke dalam Pusat Sumber
2. Berpakaian kemas. Rujuk kepada buku peraturan pelajar.
3. Dilarang membuat bising dan mengganggu ketenteraman pengguna lain.
4. Penggunaan telefon bimbit untuk apa juga urusan adalah dilarang sama sekali di dalam Pusat Sumber.
5. Buku-buku yang telah digunakan hendaklah dipulangkan ke rak asal atau ke troli yang telah disediakan.
6. Suratkhabar dan majalah tidak boleh dibawa keluar dari Pusat Sumber.
7.Tindakan akan diambil kepada sesiapa sahaja yang mengambil atau merosakkan bahan-bahan
bacaan, rujukan atau peralatan Pusat Sumber.
8.Segala bahan-bahan rujukan yang tidak diletakkan di tempat terbuka, sila minta kebenaran
pegawai Pusat Sumber untuk menggunakannya.
9. Setiap pengguna perlu mematuhi peraturan yang sediada dan yang akan dikeluarkan dari masa ke semasa.
KELAYAKAN PINJAMAN
PELAJAR
- Buku 2 naskhah (untuk 2 minggu)
- Novel 1 naskhah (1 minggu)
- Majalah/Suratkhabar (untuk rujukan dalaman sahaja)
KAKITANGAN
- Buku 4 naskhah (untuk 1 bulan)
- Novel 1 naskhah (untuk 1 minggu)
- Majalah 2 naskhah (untuk 1 minggu)
- Suratkhabar (untuk rujukan dalaman sahaja)
PERATURAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN
- Peminjam mestilah telah mendaftar menjadi ahli Pusat Sumber
- Keahlian adalah percuma.
- Peminjam dibenarkan meminjam mengikut kelayakan yang telah ditetapkan.
- Peminjaman bahan haruslah dibuat di Kaunter Pinjaman.
- Bahan yang dipinjam haruslah dipulangkan pada atau sebelum tarikh pemulangan.
- Denda 10 sen setiap hari lewat bagi setiap naskhah bahan yang dipinjam.
- Bahan hilang diganti dengan 2 kali ganda harga bahan atau dengan bahan yang sama harganya.